"Alhamdulillah
atas kurniaan rezeki... Moga tidak leka dalam perjalanan ini.. Semoga
segala puji tak ku meninggi diri.. Moga segala janji dapat juga ku
penuhi.. Ku pasrah ku akur 7, 8, 6 Alhamdulillah Syukur..."
Alhamdulillah atas segala rahmat,rezeki dan kebahagiaan yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T untuk aku. Terima kasih pada KELUARGA,t'utamanya Along yang sentiasa ada untuk aku,Puan Noradila Rosli & Mummy Farah Salwa terima kasih untuk jasa dan budi kalian...Walaupun Allah telah mengantikan sedikit demi sedikit kebahagian yang baru untuk aku, tapi masih terselit rasa kosong,yang aku sendiri tak dapat huraikan..Mungkin kebahagian yang aku perolehi sekarang tidak dapat aku kongsi bersama dengan arwah mok,tapi aku percaya. Arwah bahagia melihat kebahagian aku.
Fasa ke III, bermulanya kehidupan yang baru untuk aku. Ambil berkat bersempena bulan yang penuh keberkatan ini,segalanya bermula... Rutin harian aku penuh dengan aktiviti di rumah, bersama keluarga.. Sebelum bermulanya bulan ramadhan,aktiviti aku tidak lah sehebat bermulanya bulan ramadhan,sangat mencabar. Dan mungkin ini lah keadaan arwah mok alami. Pukul 3am selesai bersahur kami sambung tidur semula,bak suka bersahur awal,katanya boleh tidur lama sikit sebelum subuh,kalau tak,selepas subuh adik dah tak dapat tidur. Aku dan adik2 lebih selesa bersahur dengan kurma,roti & nutela aje.. Bak wajib makan nasi,sebab bak perlu makan ubat-ubat dia. Weekend baru la kami bersahur sekitar pukul 5am.. Menu untuk bersahur kadang aku masak,& kekadang bak beli di bazar. Selesai subuh aku siapkan apa yang perlu,supaya pulang kerja nanti tak lah banyak sangat kerja yang kena buat. Pukul 8 aku dah mula berkerja. Pulang aku dari kerja kalau perlu masak,aku selesaikan dulu sembahyang asar baru mulakan memasak,menu kegemaran adik2 ayam masak madu & ikan keli berlada. Menu kegemaran bak,masakan kampung ... sayur kacang,singgang daging,gulai terung,sayur lemak nangka.. Menu2 lama ni,Along & mok2 sedara selalu masak dan sediakan untuk berbuka dengan kami.. & ramai sedara mara yg menjemput kami untuk berbuka bersama2 mereka,moga kalian d'murahkan rezeki.. & kekadang weekend baru aku masak.. tak la pandai sangat,tapi boleh la... *sekarang masih lg tak dapat nak masak beria & kongsi resepi b'sama2.. Selesai berbuka,sekiranya kami larat,kami menunaikan solat terawih. Balik terawih,aku siapkan sisa-sisa kerja rumah dan tidur. Weekend plak,kalau tak kemana2 aku lebih selesa berada di rumah,kemas-kemas rumah,kemas-kemas halaman rumah.. berbakti pada tanah (wahhh dah macam petani.. keh keh..) & begitulah proses aktiviti seharian aku sekarang. Kami dah dibahagikan dengan tugas masing2.. Alhamdulillah adik-adik aku rajin dan sangat peka dengan keadaan kami. Memang kami dilatih dari kecik untuk tahu tanggungjawab masing-masing. Walaupun banyak dugaan dan cabaran yang aku & adik-adik perlu lalui.. Kami kena kuat...
Aku bangga, dapat melalui proses ni.. jaga makan minum keluarga, yang best jaga makan minum bak.. mengambil alih tugasan dan tanggungjawab arwah mok.. Arwah mok seorang ibu yang sangat hebat.. boleh melakukan pelbagai kerja.. Isteri yang taat dan sangat penyayang. Tak pernah selama aku hidup 27thn ni bersama2,untuk arwah meninggikan suara pada bak.. Kalau nak marah sekalipun,arwah cuma akan merajuk & diam.. arwah Mok seorang ISTERI,IBU yang tabah dan penyabar. Tak pernah membuat kami susah hati,walaupun arwah dalam keadaan sesakit mana pun saat tu. Ini tanggungjawab yang besar untuk aku pikul sekarang,membuatkan aku lebih memahami keadaan yang arwah Mok pernah lalui.Alhamdulillah dulu,masa arwah masih ada,sempat aku berbakti pada arwah,tolong2 kat dapur dan kemas rumah tu dah memang menjadi tanggungjawab setiap anak perempuan,tapi part yang paling berharga,bila aku jadi peneman kalau arwah masuk hospital... ingat lagi saat arwah diserang sakit,dan terpaksa dikejarkan ke hospital Trg,dengan menaiki ambulance bergoyang-goyang,dengan laju.. & sangat ngeri.. sesampai je kat hospital aku dah rasa macam masuk dunia lain,sebab pening.. sampai driver ambulance plak mintak maaf katanya *maaf dik kalau pening,memang kerja saya kena bawak laju.. jawapan sangat bertanggungjawab.. ade jgk aku bergaduh dengan nurse yang acuh tak acuh buat kerja lagi.. segalanya untuk keselesaan arwah mok.. adik beradik yang lain bahagiaan susun atur dan perancangan,& aku bahagian praktikal.. Aku berbangga dapat menjaga mereka..
"Berbaktilah kepada mereka dan ia adalah jihad" Sesungguhnya,mungkin
banyak dugaan dan cabaran akan kami adik beradik lalui tanpa arwah.. In
Shaa Allah selagi terdaya kami,akan kami berbakti pada Bak & arwah
Mok..
Ape y penting dlm hidup aku sekarang,fokus pada keluarga tercinta dan
perjalanan rezeki aku yang baru bermula... In shaa Allah.. Doa aku hanya
ingin yang baik & yang terbaik untuk menemani aku sepanjang
perjalanan hidup aku.. AMIN.. Berbahagia hanya bersama-sama orang yang
menghargai adanya aku, menyayangi aku & yang membahagiakan aku..
Baik buruk perjalanan.. Hidup harus diteruskan selagi hayat dikandung badan...
jom nyanyi skit...
jom nyanyi skit...
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)
AMIN..
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)
AMIN..
8 Pintu Murah Rezeki

Alhamdulillah di atas setiap segala kurniaanNYA...

