Saturday, April 19, 2014

Melaka Family Gathering Feb 2014

Melaka, negeri yang paling best bagi aku, dari kecik-kecik2 lagi memang bak dan arwah mok memang suka bawak kami bercuti kat sini. Naik kereta lembu,mandi telaga Hang Tuah... Best.. Since 8 tahun dah aku habis belajar, ini baru officially nya aku menjelajah Kota Bersejarah ni lagi. Banyak sangat kenangan-kenangan aku kat Melaka ni,kalau nak cerita memang tak cukup 1 page ni. Aku ceritakan flow perjalanan aku ke sana je la buat masa ni. "banyoknya ni..." hahaha

Asal perancangan kami nak ke Langkawi,tapi terpaksa diubah atas sebab-sebab tertentu dan kami mengambil keputusan untuk ke Melaka. Nak ke Melaka ni pulak,bukan main susah nak pilih hari, al maklumlah kami terikat dengan kerja. Jadi bila dapat je tarikh yang sesuai,terus pergi. Kalau tak memang lepas ni dah susah nak pi bercuti jauh-jauh lagi.

26 Feb 2014 / Rabu / 4.10 am

Perjalanan kami bermula seawal jam 4.10am, disebabkan masing-masing nak makan nasi lemok Restaurant Zaman. Seawal jam 6.00am kami dah sampai Batu 9 Kuantan. Sampai jer terus cari surau berdekatan, surau belakang kedai zaman tu jer. Masuk sikit ke lorong belakang dalam 500meter. Surau kampung best,siap ada aircond. Air sangat-sangat lah sejuk. Selesai solat subuh,kami terus bersarapan. Pukul 7.10am kami gerak ke Melaka.

Nasi Lemak Zaman


Alhamdulillah kami sampai jam 12.45pm, terus ke Dream Hotel jalan Laksama Cheng Ho. Hotel ni aku google je. Kekonon nak budget,bilik cozy la.. Aircond,tv.. Kemas, tapi ada bau yang kurang menyenangkan. Lantai bilik air hadooiiii... macam peta moscow. Tisu tak de??? Tu yang tak boleh terima. Memang sesuai dengan harga la kot Rm72 per bilik. Mula-mula masa booking memang dah rasa pelik,sebab murah. Nampak Hotel cam 3 Bintang, tapi berbintang-bintang jugak atas kepala aku. Hahaha.. Jadi untuk keselesaan aku nak booking hotel lain.. Line lak buat hal,jadi kena walk in. Aku ketua bahagian penginapan memang frust lah sebab awal-awal dah failed... adik-adik start panggil aku "angoh budget" Hahaha...


Dream Hotel
Jalan Laksamana Cheng Ho


Kami solat jamak dulu,siap-siap terus keluar cari makan.
Perjalanan dari Hotel memakan masa 15 minit je ke Bandar Hilir. Asam pedas!!!... Kami makan asam pedas pertama di Food Court depan Kapal Samudera. Kategori sedap sangat-sangat bagi aku. Total makan semua RM30 jer, murah sebab dia kata kasi diskaun sebab bak dan arwah mok selalu makan kat sini kalau datang Melaka. Hajat aku sebenarnya nak makan asam pedas Selera Kampung yang berhampiran MP... Tak pe,esok ada lagi.. hihi..


Asam Pedas
depan Muzium Samudera ( Muzium Kapal
)


Selepas makan-makan, kami ke Menara Taming Sari, alhamdulillah tak ramai orang time kiteorang naik tu. Along dan adik-adik cakap biasa kalau datang sokmo ramai orang. Aku je yang tak tau apa-apa,haha.. Tiket Taming Sari RM10.00 dewasa, RM5.00 kanak-kanak dhani free.
Kaki Kembang


Melaka 2014
sangat-sangat berubah dari tahun 2005


Taming Sari Inhouse


Taman Merdeka
Taman Kenangan "salah 1 check point kami masa aku menjalani intergrasi tahun 2005,
kena nyanyi kuat-kuat lagu Misha Omar depan tourists dan orang ramai"


Selepas tu kami ke Taman Merdeka. Taman kenangan bagi aku,mengimbau kembali kenangan-kenangan bersama arwah mok & kenangan masa berlajor. Bak tiba-tiba berubah, wajah seakan sayu dan sedih mungkin teringatkan arwah mok. Kami berjalan menyusuri jalan A'Famosa, makan ais krim bergambar tu dah memang aktiviti wajib. Pastu barulah kami walk in hotel,adik-adik request nak yang ada kolam nak mandi-manda dengan dhani katanye.. Hotel pertama aku pergi Mahkota Hotel (*hotel bak suka,aku pun suka sebab dekat dengan kolej aku). Belum sampai kat reception, receptionist dah cakap penuh. Pergi pulak Holiday Inn depan Mahkota Century Hotel, full booking miss.. Hadooiii... Pergi plak Seri Costa & Equatorial Hotel, "Full miss,
all were booked for felda" ada event felda diaorang kabo. Memang berpeluh jugak ler. Ada hotel-hotel berdekatan bandar semua lebih kurang hotel aku duduk tu jugak. Jadi bak nak sedapkan hati aku,duduk jelah hotel tu.

Kami balik ke bilik sempat tido jugak kejap. Malamnya kami ke Umbai, my wave (tetttt..) yang berikan map untuk gps kiteorang ke sana. Sebenarnya kami silap pilih, sepatutnya Medan Ikan Bakar restaurant terapung tempat baru, tapi kami terus masuk ke simpang Medan Ikan Bakar Umbai, Restaurant Parameswara tempat makan lama. Patut lah tak ramai sangat orang mungkin ramai orang pilih ke tempat baru. Tapi sini best jugak. View laut kot,ada pokok paya bakau. Cantik!.. Makanan sangat-sangat sedap bagi aku, pernah tengok restaurant ni dalam google. Bagi aku sangat-sangat murah berbanding makan kat dungun, kami ambik sotong masak sambal,ikan siakap bakar,ikan kerapu sweet sour,udang butter,kailan ikan masin, sambal belacan ulam,tomyam dan desert. Total Rm190 sahaja. See? murah kan? kalau kat dungun,ada ikan besor 2 ekor, udang sotong bagai, confirm rm250++. Aku suka udang masak butter dia,walaupun tak rasa butter tapi rasa nestum.. hahaha.. & sambal ulam dia,aku memang addicted kalau bab-bab ulam.

Makan kat sini senang jer,pilih meja ingat no meja,pilih-pilih lauk,order nak masak apa *diaorang akan kasi tau pilihan masakan dan harga setiap benda kita pilih tu, tunggu makanan sampai, makan kenyang2, bayor dan balik. Hihi...

Jeng-jeng...


Pilih-pilih bang.. hihi


Udang Masak Butter ( Nestum)


Desert "free"


Ikan Siakap Bakar Sambal


Variety of "Pencicoh" Yummmyyyy!

Kailan Ikan Masin

Always be my baby.. Ulam-ulam

Ikan Kerapu Sweet Sour
Sangat SEDDAPPPP
!

Sotong masak sambal spicy



Alhamdulillah rezeki kami untuk malam tu..
terima kasih abang long banje..


27 Feb 2014 / Khamis / 9.00 am

Paginya,kami ke Telaga/Perigi Hang Tuah, along punya request. Masa kami kecik-kecik lagi,memang tempat ni bak dan arwah selalu bawak kami, siap mandikan lagi kami dengan air telaga ni. Sejuk... Dhani pun dimandikan.. hehe.. tradisi kekonon yea?.. haha.. On the way ke bandar kami singgah beli ole kat tepi jalan tu je. Ole-ole belacan jer..


Telaga Hang Tuah
Fefeling Puteri Gunung Ledang

Kami ke Dataran Pahlawan, Abang Long borong baju-baju.. dan aku juga adik-adik sibuk bergambor.. hahaha.. part ni tak ingat sangat dah, sebab part atas mula-mula tu masih fresh... sekarang dah lupa nak taip apa.. hahaha.. aku kongsi mana yang ingat jer ea. Lepas dah habis beli kiteorang ke lorong memori aku masa belajor dedulu,lorong ke Restaurant Selera Kampung. Totally dah lain sangat tempat tu. Kami pilih makan kat dalam, bilik aircond dan konsep "hidang". Pilih lauk dan diaorang akan serve. Macam biasa,tauke dia memang ramah dari dulu lagi. Walaupun kedai ni agak mahal,tapi sebab layanan dan makanan variety, aku pergi jugak.. haha.. Makan tengahari kami haritu RM100 untuk 6 org, bagi aku mahal.. dan asam pedas bagi aku lagi sedap dekat kedai tingkat depan Muzium Samudera. hik..

Lorong-lorong kenangan.. hahaha

Asam Pedas Selera Kampung


Kerabu Perut
perut ada 2,3 ketul je..hik


Ayam Kampung Berempah

Daging Goreng Kunyit

Alhamdulillah dah selesai untuk makan tengahari, selepas tu kami terus ke Pantai Kelebang untuk mencari Famous Klebang Original Coconut Shake. Aku yang craving!.. haha.. Nak cari coconut shake ni banyak sangat kat tepi-tepi jalan tu,tapi aku search ni dengan Uncle Google. Kata bloger's ini yang paling best. Coconut shake ni ada "drive thru" jugak tau,untuk orang yang malas nak masuk ke dalam.. boleh turun beli kat luar je, ada booth kecik. Tapi masa kitaorang sampai tu, cuaca panas membakar sangat-sangat. Fullhouse,ramai sangat orang walaupun bukan hari cuti. Fuhhh.. Perut masih lagi terasa asam pedas tadi, jadi kami order coconut shake sahaja, kuih muih dan bak teliur dengan nasi lemak.. haha..


Klebang Original Coconut Shake


Teliur dop? Bestt...

Fullhouse


Coconut Stock


Selepas semua dah selesai, kami terus balik hotel. Penat dengan keadaan cuaca yang panas. Sampai ke bilik terus tidur jap, restkan badan untuk aktiviti last kami nanti. Selepas asar kami gerak ke Bandar Melaka semula, kami ke Bangunan Merah atau dikenali dengan nama Stadthuys.. Hajat nak ke Jonker Walk, tapi Jonker Walk bukak hari isnin dan khamis pulak. Jadi kami ronda-ronda dan terus ke Jeti beli tiket Melaka River Cruise. Harga tiket Rm10 untuk dewasa dan kanak-kanak seusia dhani free.


My boyfie Ahmad Dhani
Bangunan Merah

Casa del Rio
hotel paling mahal kat Melaka ni.. hope one day dapat tumpang bilik air hotel ni.. hahaha


View of Romantica de' amour.. dah macam kat Italy.
hope one day dapat bersama yang tersayang naik gondola kt Venice.. haha..


Selepas aktiviti naik bot selesai, Makan timeeee... part paling best kalau bercuti.. hihi.. Kami decide tak nak makan nasi dan Burger Bakar Abang Burn jadi pilihan. Kedai Abg Burn ni kami dah nampak masa naik bot lagi, area tepi sungai. Tapi jalan nak ke kedai dia,punya lah banyak jalan.. aku nasihatkan pada yang tak berapa pakar,baik guna gps atau pun upah orang tunjuk jalan shortcut. Sebenarnya kami dah survey awal-awal tempat-tempat makan best yang kami nak makan. Jadi tempat-tempat yang kami dah makan ni, memang dah plan dan dah letak dalam jadual bercuti kami.



Jambatan Hang Tuah
ni gambar masa naik bot tadi, kedai burger bakar abang burn lepas jambatan ni kalau ikut air.. hahaha

Ni je sempat aku snap Kedai Burger Bakor Abang Burn


Amacam??? Leleh tak?.. Ni burger kite. Lupe dah nama apa.. haha

Meatball.. yang memang sedap-sedap sangat


Cheesy Wedges


Ni pun dah lupa nama apa.. haha.. yang bak dan adik-adik punya


Onion Ring yang ranggup..

Total untuk makan malam tu kat Abang Burn Rm 135.++ aku lupe.. hik.. Alhamdulillah selesai makan kami malam tu, kami terus balik ke hotel. Tidur sambil berdengkurrrr.. sebab sangat penat dan kenyang. Alhamdulillah untuk segala kebahagiaan, kenikmatan yang Allah berikan. Panjang umur kami akan bergathering lagi.. tak salah sekali skala rewardkan diri sendiri dengan bercuti bersama-sama keluarga tersayang. Penat bekerja hilang bila dapat bersama-sama keluarga. Pagi esoknya kami bertolak balik ke dungun. Tapi kami sempat naik Bukit Tinggi Colmar Pahang. Ikut hati memang nak bermalam,tapi keesokan harinya bak ada hal dan aku kena kerja. Inshallah next time. Tapi bagi aku best lagi Cameron Highland. Kalau Bukit Tinggi ni untuk hilang stress mungkin akan lagi bertambah stress.. hahaha.. Selepas turun dari Bukit Tinggi, kami terus ke Mentakab singgah di Hamza Restaurant. Kedai mamak feberet bak, makan dan minum, dan terus ke rumah mak pahang di Taman K.S.M ambil bekal nasi kukus.. hehe.. dan kami terus balik..


The Chateau Spa & Organic Wellness Resort


Monday, February 17, 2014

Rindu Sabah..

at LCCT 8.00 am

Jeng jeng jeng...

Tetiba aje rindu sabah, aku ke Sabah tahun 2010. Trip Library UiTM Kampus Dungun. Ikut Along bercuti ke sana. Bestttttttttt... Tapi banyak tempat kami tak sempat melawat kat sana. Kundasang tempat paling best pun kami tak sempat pergi. Next time panjang umur,ada rezeki. Inshaallah nak pergi bercuti kat Sabah lagi. Tempat yang aku pergi masa tu Pasar Philiphine, Restaurant Kampung Nelayan dan Kinaballu Mountain(timpohan gate) sahaja. Sedihnya... huk..


Penginapan kami

Pasar Philiphine


Tempat ni best jugak,sebab dapat shomping. Seronok sangat beli souvenir nak bawak balik siap tulis list nama sorang-sorang anak pinak bagai,sampai souvenir diri sendiri sempat beli t-shirt sabah je sehelai. Hadoooiii.. Tapi tak pe,nanti pergi lagi. hihi

Pasar ni,bila sebelah petang sikit ada pasar malam sebelah belakang dekat dengan laut. Makanan macam-macam bagai ada. Paling aku suka,maggie goreng dengan kuah lada pedas tahap leleh air hidung dan chicken wing bakar. Alahhh... gambor makanan tak sempat snap. Tapi dalam video cam ada.

Pasar Philiphine
*deretan Tailor yang ada kat sini,kang senang kalau dungun pun ade bende ni..


Ni tapak Pasar Malam tu sebelum dibuka
*mak jemah kekonon silau sangat..



First time tengok ABC ade macaroni



Geliii... Katak betul dan di'awet muda jadi bag
*aku tiap kali lalu yang ada jual katak ni, aku picit mata dia.. geramm.. kekonon geliii..


UiTM Sabah Di Hatiku

Bersama-sama kawan-kawan baru staff UiTM Sabah yg ramah
Pinky Mila,Tiffany Moon and Soft Purple Aizamia last kite yang gemookk.. haha


Restaurant Getaran Jiwa yang sangat bergetar jiwa.. hahaha
Restaurant ni memang nampak kellassss.. cam menarik dan suasana pun best. Tapi jangkaan kami meleset, makanan yang agak mahal, makanan yang tak sodap, serve yang sangat lambat.
Kami agak kehairanan la,macamana artis-artis boleh datang makan kat situ dan boleh siap tinggakan autograph.. mungkin time kiteorang pergi tu time tak kena kot.. huhu... Maaf kalau ada tersilap kata,kita hanya memberi komen membina.. hik..







Restaurant Kampung Nelayan


Kami disajikan dengan pelbagai variety seafood,macam-macam ada. Harga pun macam-macam jugak la... huk.. Tapi best sebab ade persembahan kebudayaan dieorang dan keramahan dieorang. Tapi kite tak boleh nak makan kalau makanan2 dieorang yang pelik2... aku pilih sayur2 jer.. aku kan vegetarian.. huk.



Bersama dengan penari kebudayaan Sabah


Ni meja sebelah,group kami jugak
*yang bercakap tu salah sorang staf UiTM Sabah

Sempat pinjam benda alah ni dengan penari-penari


Meet Ezan Afzal ( Calon Gadis Melayu musim pertama TV3)


Aku kalau pi mana-mana tak jumpa artis tak sah. hahaha... memang baik dan sangat ramah akak ezan afzal ni. dan yang paling penting cantik.. sangat-sangat cantik..


Persis barbie doll dah..


Gunung Kinabalu

Tempat paling best dan mencabar kami ke Gunung Kinabalu..perjalanan dari Kampus Intan Sabah ke Gunung KK jauh jugak.. seingat aku 3jam kot.. tapi jam-jam jugak lah nak boleh sampai. Tapi view dia, MashaALLAH cantik indah sangat2, dengan kabus sejuk.. sangat best.


Fefeeling artis gituuu... haha... Gunung Kinabalu
*saya yang gemookk..

Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu


Ok tu destinasi terakhir kitaorang,gunung kinabalu. Tapi aku dah lupa dah kemana kitaorang lepas tu,hahaha.. esoknya balik la kot.. hihi.. Inshallah akan ku jejak kembali tanah Sabah ni.. jeng jeng.. hihi.. jom balikkk....

Terima Kasih along bawok angoh jenjalan Sabah..


Bye bye Sabah... jumpa lagi nanti ea...