Tuesday, December 31, 2013

Kasihnya Ibu membawa ke Syurga..

Salam tahun baru 2014 untuk semua..

Doa aku untuk tahun baru ni,untuk lebih baharu dalam pemikiran,perasaan dan perancangan kehidupan. Lebih baharu dalam menyusun arah tuju, lebih baharu dalam menyusun strategi ke arah kumpul rezeki berguni-guni..  & yg penting baharu dalam menjalani ibadah ke arahNYA,maksudnya di sini.., jiwa jauh dari benda-benda lama/kotor.. bersihkan hati,baharukan niat untuk lebih ke arahNYA.. Moga Allah lebih cepat memakbulkan doa2 hati yang bersih/baharu.. Amin.. Ya Allah Permudahkan lah.. (*tagline "org skrg banyak berdoa dlm fb dan media sosial, berbanding dlm solat) nak betulkan balik yea.. kan setiap kata2/niat itu adalah DOA, jadi kat mana-mana pun boleh kita berdoa. Diaorg doa dalam sembahyang ke,sembahyang ataupun tak sembahyang ke, tu antara dia dengan Allah. Kita ikut mana yg baik,dan tinggalkan mana yg buruk.. peace yo!!! *jari 2,lagi 3jari kepit bawoh.. hehe..

Kasihnya Ibu membawa ke SYURGA.. Kasihnya Ayah berkorban nyawa...

Pejam celik,pejam celik hari ni dah 8 bulan 3 hari arwah MOK pergi meninggalkan kami, Alhamdulillah Allah masih memberi kurniaan terbaik (BAK) untuk hari-hari kami & Alhamdulillah Allah kuatkan hati kami untuk menjalani kehidupan seharian tanpa kasih seorang ibu. Tak ada tempat nak mengadu perasaan,menumpang bahu & pendengar yg setia. Di mana keadaan tu tidak boleh diambil alih oleh seorang ayah. Sekarang masing2 pandai memeram perasaan masing2,cukup bangga dengan along, & adik2 aku yg cukup kuat melawan perasaan kehilangan itu. Kekadang hati membengkak,tahan sebak. Tapi semua tu dapat diseka tatkala menatap gambar-gambar wajah kesayangan arwah mok. Semakin aku tatap,makin kuat semangat.. & tiap kali aku rasa down wajah-wajah arwah mok akan aku tatap puas-puas.

Anugerah Terindah
Sambutan permulaan tahun baru tanpa mok,hanya tinggal kenangan dan gambar-gambar  pengubat rindu.. rindu dengan pujukan mok saat aku menangis dan kecewa dengan keadaan, rindu suapan makanan dari tangan arwah mok... rindu bau ciuman di pipi mok.. rindu gelak tawa mok yg terhenjut-henjut,sambil mata mengeluarkan air mata geli hati sebab melihat telatah aku.. rindu nak nyanyi depan mok..rindu nak makan masakan mok yg sentiasa secukup rasa... rinduuu... Alhamdulillah Allah permudahkan segala-galanya.. Kediaman baru mok berdekatan je dengan kediaman kami.. Kalau rindu & ade kelapangan kami akan ke sana sedekahkan yasin.. Saudara mara kami selalu menziarahi kediaman mok.. Ayah Su sekeluarga,Pok jue & sue.. & Saudara mara yg lain.. Malah ada yang menyediakan tempat duduk untuk keselesaan kami di kediaman baru mok.. Terima kasih Pok Alip.. Alhamdulillah untuk segala kesenangan dan kelancaran yg Allah berikan untuk kami.

Al-Fatihah Mok
Permandangan Indah dari Kediaman Baru Mok

Tiap kali dengar lagu "Mawar Putih Buat Mama" nyanyian Sharifah Aini tiap kali tu lah aku akan menangis bila tiap bibit liriknya aku hayati..

Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

Kaseh hingga hujung nyawa..


Kad-kad kegembiraan saat Mok ada..masih kami simpan..


Bagi aku setiap kenangan bersama arwah mok, adalah kenangan yang terindah... tak termampu nak aku gambarkan betapa sedih saat aku kehilangan arwah.. arwah sebahagian dari jiwa aku... Tapi aku percaya.. Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan...

Al-Fatihah Mok
Inshaallah kita akan bertemu di SANA nanti..





Sunday, July 28, 2013

Al-Fatihah & Alhamdulillah (Bahagian III)


"Alhamdulillah atas kurniaan rezeki... Moga tidak leka dalam perjalanan ini.. Semoga segala puji tak ku meninggi diri.. Moga segala janji dapat juga ku penuhi.. Ku pasrah ku akur 7, 8, 6 Alhamdulillah Syukur..."

Allahamdulillah...

29 Julai 2013
Harini genap 3 bulan kepergian arwah Mok (Al-Fatihah).. & dah masuk 20 hari kita berpuasa.. Ramadhan mula beransur pergi.. Syawal akan muncul kembali.. Tak terbayang tahun ni kami berpuasa dan beraya tanpa Mok disisi... Tiada persiapan raya dilakukan,masih lagi kekok untuk melalui kedaaan sekarang. Kebiasaan malam raya kami akan sangat2 meriah,tukar langsir,kemas rumah,pasang pelita dan membuat kuih raya malam terakhir.. dan tentunya along sibuk merakam keadaan kami yang riuh rendah malam tu. Emy memasang langsir,adik tolong angoh mengemas dan mengelap,Bak memasang pelita dan Mok memasang pin pada langsir sambil ketawa sampai badan b'gerak2 dah macam nak semput,suka melihat telatah kami... Setiap kali kami melihat video-video rakaman tahun2 yg lepas,air mata mesti akan laju mengalir... Argghhh.. semua tu kenangan... saat yang paling bahagia,berharga dan bermakna..mungkin tak kan kembali lagi.. Rindunya kami pada arwah Mok..  Al-Fatihah.. Ya Allah, tenangkan lah dan lancarkanlah perjalanan arwah ibuku di SANA.. AMIN.. (Adik2 perlu kuat... kena sabar.. ada hikmah d'sebalik setiap kejadian yg Allah dah tentukan)




Alhamdulillah.. sedikit demi sedikit kekuatan aku cuba tarik,kumpulkan dan simpulkan. Walaupun payah,tapi tetap cuba berdiri dan lalui hari-hari mendatang dengan kuat dan sentiasa dengan niat yang baik. Cuma tangisan masih lagi berbaki,mungkin masih sukar lagi nak menghakis. Kekuatan aku kumpulkan dari kata-kata semangat keluarga2,saudara-mara,sepupu2, teman2 yang memahami aku, yang mengambil berat tentang kami & yang selalu ada saat aku susah dan senang.. Terima kasih Ya Allah untuk anugerah2 yang terindah ini..

Alhamdulillah atas segala rahmat,rezeki dan kebahagiaan yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T untuk aku. Terima kasih pada KELUARGA,t'utamanya Along yang sentiasa ada untuk aku,Puan Noradila Rosli & Mummy Farah Salwa terima kasih untuk jasa dan budi kalian...Walaupun Allah telah mengantikan sedikit demi sedikit kebahagian yang baru untuk aku, tapi masih  terselit rasa kosong,yang aku sendiri tak dapat huraikan..Mungkin kebahagian yang aku perolehi sekarang tidak dapat aku kongsi bersama dengan arwah mok,tapi aku percaya. Arwah bahagia melihat kebahagian aku.

Fasa ke III, bermulanya kehidupan yang baru untuk aku. Ambil berkat bersempena bulan yang penuh keberkatan ini,segalanya bermula... Rutin harian aku penuh dengan aktiviti di rumah, bersama keluarga.. Sebelum bermulanya bulan ramadhan,aktiviti aku tidak lah sehebat bermulanya bulan ramadhan,sangat mencabar. Dan mungkin ini lah keadaan arwah mok alami. Pukul 3am selesai bersahur kami sambung tidur semula,bak suka bersahur awal,katanya boleh tidur lama sikit sebelum subuh,kalau tak,selepas subuh adik dah tak dapat tidur. Aku dan adik2 lebih selesa bersahur dengan kurma,roti & nutela aje.. Bak wajib makan nasi,sebab bak perlu makan ubat-ubat dia. Weekend baru la kami bersahur sekitar pukul 5am.. Menu untuk bersahur kadang aku masak,& kekadang bak beli di bazar. Selesai subuh aku siapkan apa yang perlu,supaya pulang kerja nanti tak lah banyak sangat kerja yang kena buat. Pukul 8 aku dah mula berkerja. Pulang aku dari kerja kalau perlu masak,aku selesaikan dulu sembahyang asar baru mulakan memasak,menu kegemaran adik2 ayam masak madu & ikan keli berlada. Menu kegemaran bak,masakan kampung ... sayur kacang,singgang daging,gulai terung,sayur lemak nangka.. Menu2 lama ni,Along & mok2 sedara selalu masak dan sediakan untuk berbuka dengan kami.. & ramai sedara mara yg menjemput kami untuk berbuka bersama2 mereka,moga kalian d'murahkan rezeki.. & kekadang weekend baru aku masak.. tak la pandai sangat,tapi boleh la... *sekarang masih lg tak dapat nak masak beria & kongsi resepi b'sama2.. Selesai berbuka,sekiranya kami larat,kami menunaikan solat terawih. Balik terawih,aku siapkan sisa-sisa kerja rumah dan tidur. Weekend plak,kalau tak kemana2 aku lebih selesa berada di rumah,kemas-kemas rumah,kemas-kemas halaman rumah.. berbakti pada tanah (wahhh dah macam petani.. keh keh..) & begitulah proses aktiviti seharian aku sekarang. Kami dah dibahagikan dengan tugas masing2.. Alhamdulillah adik-adik aku rajin dan sangat peka dengan keadaan kami. Memang kami dilatih dari kecik untuk tahu tanggungjawab masing-masing. Walaupun banyak dugaan dan cabaran yang aku & adik-adik perlu lalui.. Kami kena kuat...

Aku bangga, dapat melalui proses ni.. jaga makan minum keluarga, yang best jaga makan minum bak.. mengambil alih tugasan dan tanggungjawab arwah mok.. Arwah mok seorang ibu yang sangat hebat.. boleh melakukan pelbagai kerja.. Isteri yang taat dan sangat penyayang. Tak pernah selama aku hidup 27thn ni bersama2,untuk arwah meninggikan suara pada bak.. Kalau nak marah sekalipun,arwah cuma akan merajuk & diam.. arwah Mok seorang ISTERI,IBU yang tabah dan penyabar. Tak pernah membuat kami susah hati,walaupun arwah dalam keadaan sesakit mana pun saat tu. Ini tanggungjawab yang besar untuk aku pikul sekarang,membuatkan aku lebih memahami keadaan yang arwah Mok pernah lalui.Alhamdulillah dulu,masa arwah masih ada,sempat aku berbakti pada arwah,tolong2 kat dapur dan kemas rumah tu dah memang menjadi tanggungjawab setiap anak perempuan,tapi part yang paling berharga,bila aku jadi peneman kalau arwah masuk hospital... ingat lagi saat arwah diserang sakit,dan terpaksa dikejarkan ke hospital Trg,dengan menaiki ambulance bergoyang-goyang,dengan laju.. & sangat ngeri.. sesampai je kat hospital aku dah rasa macam masuk dunia lain,sebab pening.. sampai driver ambulance plak mintak maaf katanya *maaf dik kalau pening,memang kerja saya kena bawak laju.. jawapan sangat bertanggungjawab.. ade jgk aku bergaduh dengan nurse yang acuh tak acuh buat kerja lagi.. segalanya untuk keselesaan arwah mok.. adik beradik yang lain bahagiaan susun atur dan perancangan,& aku bahagian praktikal.. Aku berbangga dapat menjaga mereka..

"Berbaktilah kepada mereka dan ia adalah jihad" Sesungguhnya,mungkin banyak dugaan dan cabaran akan kami adik beradik lalui tanpa arwah.. In Shaa Allah selagi terdaya kami,akan kami berbakti pada Bak & arwah Mok..
 
Ape y penting dlm hidup aku sekarang,fokus pada keluarga tercinta dan perjalanan rezeki aku yang baru bermula... In shaa Allah.. Doa aku hanya ingin yang baik & yang terbaik untuk menemani aku sepanjang perjalanan hidup aku.. AMIN.. Berbahagia hanya bersama-sama orang yang menghargai adanya aku, menyayangi aku  & yang membahagiakan aku.. Baik buruk perjalanan.. Hidup harus diteruskan selagi hayat dikandung badan...
 jom nyanyi skit...

Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)

Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)

Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)
AMIN..

8 Pintu Murah Rezeki

1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.
2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.
3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”
4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
5. Jangan tidur selepas solat subuh.
6. Selalu baca doa Al-Waqiah.
7. Rezeki ada dalam perkahwinan.
8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.


Alhamdulillah di atas setiap segala kurniaanNYA...

Sunday, June 9, 2013

~Al- Fatihah MOK~ (Bahagian ke II)





8 JUN 13 (Sabtu)
AL-FATIHAH. Bismillahirrahmanirrahim.. Genap 40 hari arwah MOK meninggalkan kami. Masa amat pantas berlalu, tapi saat melaluinya teramat sukar dengan ketiadaan MOK di sisi. Keakraban kami seperti adik beradik, tiada rahsia dan segalanya dikongsi,makin membuatkan kami amat merasakan kehilangan MOK. Sekarang keadaan kehidupan kami amat terasa perbezaannya, sentiaza rasa ada kekosongan dalam hari-hari kami.  Makan kami,tidur kami… Argggghhhhh… Peritnya..
Baru permulaan perenggan,air mata mencurah-curah laju keluar.. sakit teramat.. Astagrafirullah al azim…Allahuakbar...

Hati yg dulu kuat,kini cepat sangat tersentuh. Lagu-lagu” ibu” kesukaan aku yg kebiasaannya aku dengar sejak dari zaman aku berlajar lagi,sekarang irama pertama pun dah membuatkan aku menangis,apatah lagi nak habiskan lagu tu. Melihat anak-anak lain yg masih ada ibu, hati aku juga tersentuh..  Belum pernah aku merasai perasaan “sakit” seperti yg aku rasakan sekarang ni. Mungkin ini rasa sakit seorang anak2 yg telah terdahulu kehilangan ibunya,sebelum aku merasainya sendiri. Sangat sakit.. Perasaan sakit yg aku sendiri tak dapat nak huraikan bagaimana rasa sakitnya.

……………………………………………………………………………………………………………

Hari sebelumya.
29 APRIL 13 (Isnin)
Tahlil pertama untuk arwah MOK yg telah selamat di kebumikan awal pagi tadi. Saudara mara bersepakat untuk sama-sama menyediakan dan memasak makanan untuk tahlil pertama. Bermulanya situasi sukar yg perlu aku lalui. Peralatan yg perlu disediakan untuk memasak, yg menjadi  kebiasaan arwah MOK akan sibuk dan lincah menyediakan kesemuanya sekiranya kami adakan kenduri atau sesuatu majlis di rumah. Kali ni aku, along dan adik-adik  akan sediakan, kekok dan terasa sangat perbezaannya. Bila ada barang yg aku tak jumpa,mulut mudah tersasul untuk bertanyakan MOK. “MOK.. kat ane MOK letok senduk besor? Besen besor??....” Argggghhh.. Hati merintih lagi,air mata mengalir.. Ya ALLAH.. ini baru permulaan hari tanpa MOK.. Macamana aku nak lalui hari ke2, dan hari seterusnya tanpa MOK??? Bawah tudung saji,masih tersisa sotong celup tepung menu terakhir dari arwah sediakan untuk kami malam semalam,dalam peti ais masih berbaki sotong masak merah,sajian lauk tengahari dari arwah untuk kami tengahari semalam.. Masih baru.. Sakitnyaaaa…. Peritttt…. Hati dan perasaan aku tak cukup kuat untuk melaluinya , apatah lagi dengan adik-adik yg lain? Dengan keadaan mereka yg masih lagi memerlukan MOK?

Seharian dari siang tadi,aku masih lagi tak lapar,walaupun sebiji nasi pun aku belum telan,mungkin terlalu kenyang minum air yg dah berliter2 masuk dalam perut aku. Tetapi malam tu selepas tahlil,along makan dan suapkan aku sesuap nasi, yg kebiasaannya arwah MOK biasa suapkan aku kalau aku merajuk dan tak berselera untuk makan. Terasa pahit nasi yg aku telan tu.. “MOK.. angoh rindu mok…” Astrgafirullah alazim.. Terlalu banyak kenangan kami bersama MOK..


Alhamdulillah,selesai tahlil pertama untuk arwah MOK. Malamnya,tidur pertama yg angoh rasakan sangat berbeza, kepala yg terasa bercelaru, masih lagi terkejut, terasa sunyi dan terasa ada yg hilang.. Tak sempurna. Segalanya bercampur. Walaupun ada saudara mara yg datang untuk menemani malam kami,agar kami tak rasa kesunyian. Tapi perasaan sunyi itu masih lagi ada,dan ada perasaan lain yg angoh rasakan, yg tak dapat angoh gambarkan. Tiba-tiba buat pertama kalinya juga air mata laju mengalir,tanpa angoh sedar.. “angoh dah hilang MOK….” Pedihnya…

Resepi-resepi arwah yg sempat angoh salin..

Teringat gurauan arwah MOK, yg selalu berpesan supaya disemadikan berhampiran pagar tanah perkuburan (rumah kami berhampiran dengan tanah perkuburan) agar senang arwah MOK nak melihat adik ke sekolah,dan kami ke kerja… sayu dan sebak.. sebenarnya petanda-petanda MOK akan pergi meninggalkan kami.. Arwah MOK memaksa aku untuk menyalin resepi-resepi kesukaan aku,bak dan adik-adik, juga petanda bahawa arwah akan tinggalkan kami. “MOK… sape nok teman angoh masok?? Sape nok ajor angoh masok????” Pedihnya.. Semenjak ketiadaan arwah,aku seakan takut untuk ke dapur,takut tak dapat menahan kesedihan aku. Saat terakhir kami memasak bersama-sama,minggu terakhir untuk kami dan hidangan terakhir untuk kami.. “kek coklat + siput sedut + pavlova” di buat dalam masa 1 hari. Tak pernah kami buat. Tapi kenangan itu lah yg kami akan kenang dan simpan sampai bila-bila.

Aktiviti masakan kami yg terakhir...

Keesokan harinya,kami mula lalui hari2 kami.. Alhamdulillah selesai tahlil arwah selama tiga malam berturut-turut dengan segala kelancaran dan kebaikan tersemat di dalamnya.

8 MAY 13 Rabu.
Aku mula rasa tak sedap badan,kerongkong terasa perit.. pedih lelangit, badan terasa sejuk panas. Bak dan adik beradik mula bimbang. Biasa kalau aku demam MOK la orang pertama yg akan risau dan paksa aku ke klinik. Kebiasaannya MOK akan usap pipi aku,leher aku cium dahi aku,itu cara MOK merasa tahap panas demam aku. Tapi sekarang? Siapa nak buat semua itu untuk aku? “MOK…. Angoh rindu MOK… dop sanggup angoh kehilangan MOK…” Ya Allah… Subhanallah.. Besar ujian dan dugaan MU YA ALLAH. Alhamdulillah,aku masih ada BAK,ALONG,EMY,ADIK ERA,AYOH2 & MOK2 SAUDARA yg mengambil berat tentang aku.  BAK dan Along orang yg sangat susah hati bila aku sakit. “Terima kasih Along untuk segalanya…” Alhamdulillah aku sihat sepenuhnya 2 minggu itu pun selepas rujuk ke pada pakar. Cukup kesal dengan khidmat dan kemudahan di sini yg terlalu banyak kekurangan kemudahan.  Lama aku bercuti dari berkerja,Alhamdulillah majikan aku yg cukup memahami kedaan aku. Dengan kudrat dan perasaan aku yg masih berat untuk berkerja. Hari pertama berkerja,mata dah mula berair. Kawan2 sekerja juga kawan2 pertama yg ada saat aku kehilangan MOK,turut sama-sama menangis. Turut sama-sama merasai kesedihan aku saat tu. Kebiasaanya pukul 5pm,aku akan dapat panggilan dari MOK.. “Angoh,nok makan mende? MOK dop masok arini,Angoh beli lah sayur ke.. balik goreng”… Tapi,aku tengok jam pukul 5, masih lagi aku tak dapat panggilan tu, 5.15? 5.30? masih lagi sunyi.. Ya ALLAH… sebenarnya aku dah tak akan dapat panggilan dari MOK.. ALLAH… sakitnya.. Kuatkan lah hati hambaMU ini dalam menjalani hari-hari mendatang tanpa MOK di sisi.

Hari pertama adik era mula untuk ke sekolah,yg kebiasaanya juga MOK akan sediakan susu @ sarapan untuk adik dan bak. Aku dan emy kebiasaanya akan tidur semula selepas sembahyang subuh sementara bangkit semula untuk ke kerja. Tapi pagi tu keadaan terasa kekok,adik era nampak sugul. Aku faham,cuba menceriakan paginya,agar tidak terlalu sedih. Aku sediakan susu untuknya,sementara bak panaskan enjin kereta,aku tunggu adik sedang bersiap-siap pakai kasut,dan kami bersalam. Kebiasaanya MOK yg akan tunggu adik sehingga dia masuk ke kereta,lagi menambahkan sedihya. Aku cuba kuat,tak mahu aku menambahkan sedihnya lagi,aku  memujuk apabila mula terdengar suaranya sebak,matanya berair..  Sukar bagi aku,lagi sukar dan payah untuk adik-adik aku. Perit dan air mata mengalir lagi..

Sehingga ke saat ni, aku masih lagi terasa kehilangan MOK, terlalu berat untuk aku tanggung rasa sakit.  Mungkin aku sedikit demi sedikit mula terasa kuat, tapi hati masih lagi pedih dan sakit. Setiap hari terasa MOK masih ada bersama kami,melihat segala isi rumah,segalanya ada kenangan bersama arwah. Melihat pakaian-pakaian arwah yg belum sempat arwah pakai, membuatkan hati aku merintih sayu. Arwah membuat persediaan awal untuk kami,dan persedian terakhir darinya untuk kami meraikan Hari Raya Puasa. Moga kami sempat menjalani ibadat puasa untuk tahun ni dengan sejuta kesabaran dan seribu kekuatan tanpa MOK tersayang di sisi. Allhamdulillah atas kurniaan kesempatan kebahagiaan yg kami sempat berkongsi dengan arwah MOK,walaupun seketika..Sekurang-kurangnya kami sempat berbakti pada arwah MOK. Kami akan sentiasa ke “rumoh baru” MOK.. yg menghalang kami cuaca dan kesihatan. Selagi kami sihat,dan diizinkan oleh Allah, kami akan sentiasa berikan “bekalan” untuk MOK di SANA.  AL-FATIHAH..

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa-dosa arwah ibuku,tempatlah arwah di tempat orang-orang yg beriman dan beramal soleh,perluaskanlah dan terangilah liang lahad ibuku,jadikanlah makam ibuku seperti salah satu dari taman-taman syurgaMU Ya Allah. Lancarkan lah perjalanan ibuku di SANA nanti. Sejahterakanlah ke atas arwah ibuku.. AMIN YA RABILL ALAMIN..

Alhamdulillah di atas segala kurniaan MU YA ALLAH, aku redha di atas segala ketentuaan MU. Perginya MOK membuatkan kami bertambah sedar, KEMATIAN itu dekat dengan kami. Moga kami pergi/mati di dalam IMAN.. AMIN..

Nurkilan ini hanyalah sekadar untuk sama-sama berkongsi pengalaman aku yg telah kehilangan ibu tercinta, pada yg masih lagi ada IBU DAN BAPA. Berbaktilah pada mereka,hargailah pengorbanan mereka,sayangilah mereka,hormatilah mereka selagi ada hayat mereka. Dosa pahala mereka bukan kita yg menentukannya, yg baik dijadikan ikutan dan sebaliknya dijadikan sempadan lautan.
Kami memohon maaf andai ada silap dan salah dari kami sekeluarga.

Terima kasih di atas segala kasih sayang ,doa,keperihatinan.. KELUARGA TERSAYANG dan BAKAL KELUARGA…
Terima kasih di atas segala kasih sayang,perhatian,pertolongan,doa-doa dan kerjasama, AYOH –AYOH SAUDARA,MOK-MOK SAUDARA ,SEPUPU2, SAUDARA MARA yg jauh @ dekat, yg bersusah payah untuk kami,bekalkan kami rasa kasih sayang,kata-kata semangat,sentiasa menemani,mendoakan dan yg ikhlas mengadakan tahlil untuk arwah MOK..
Terima Kasih di atas keperihatinan,perhatian dan doa-doa kawan-kawan,dekat @ jauh..
dan jiran-jiran.

Semoga sentiasa sejahtera dan berdoa agar Allah S.W.T memberi rahmat ke atas kalian.. AMIN..


Thursday, May 16, 2013

Al-Fatihah Mok ~ 29 April 2013 Isnin bersamaan 18 Jamadil Akhir 1434 Hijrah~

Assalamualaikum...

Mana nak mula? Kalau mula mesti akan berakhir,knapa perlu berakhir? banyak kisah, banyak kenangan dan banyak kasih sayang setia terpahat di hati yang tak kan berakhir.Banyak kenangan yang laju bermain kat kepala,tapi bila mula nak olah nak karang, jari seakan kaku.. air mata bergenang lagi.. Ya Allah.. Berat,perit,pedih.. Besar dugaan MU YA ALLAH...

27 April 2013 Sabtu
Harini hari off aku, plan nak keluar jalan-jalan dengan mok,dhani dan adik. Sebab bak ke Terengganu. Tapi plan tak menjadi, mok masih lagi demam. Demam mok on off. Barang peribadi aku dah banyak habis, adik era nak beli peralatan nak periksa esoknya. Jadi kami terpaksa jugak keluar. Mok beria nak ikut,tapi aku tak kasi. Mok tak membantah, mok cakap "mok duduk dengan dhani dop ape,tapi angoh tolong beli barang-barang untuk mok skali" Aku save simpan dalam phone satu persatu barang-barang yang mok kirim..

Sesuatu yang lainnya hari aku keluar ni, aku terasa nak cepat balik.. adik era dan emy pun macam faham, beli barang tak banyak memilih. Mana yang nampak,terus ambil dan bayar. Kaki krem,seolah-olah tak dapat terima langkah laju kami dari satu tempat ke satu tempat. Kami sempat ke kedai kek sweeden, aku beli roti kek blueberry kesukaan mok. Selepas dah selesai beli semua barang, kami pun balik.

Sampai kat rumah,mok membuat rutin seperti biase lipat kain dan dhani dah tertidur. Kata mok,dhani tertido sebab tak ada orang nak teman main. Along dan bak tak berhenti telefon untuk tanya perkembangan mok. Mok masih gagah bangun nak siapkan makan untuk bak. Keadaan masih lagi seperti biasa.

28 April 2013 Ahad
Pagi bangun, tengok along dah masuk bilik jenguk dhani yang dah 3 malam tido dengan aku,along berkrusus die kedah.. Along biarkan dhani kat bilik,pastu turun ke dapur borak-borak dengan mok. Mok kelihatan sihat dan aktif macam biasa, lega hati aku tengok. Along duk bercerita barang-barang yang dia belikan untuk kami. Teko along belikan untuk mok,dan kebiasaanya menjadi kesukaan mok nak tengok,tapi pada hari tu, mok tak bukak untuk tengok. Aku bukakan dan tunjukan pada mok,tapi reaksi mok macam biasa. Aku masih lagi tak faham, keadaan masih lagi seperti biasa bagi aku.

Lepas along turun pergi ke kerja, aku bersiap mandi dan bersiap nak ke kerja. Mok masih lagi aktif turun naik dari bawah dan ke atas rumah. Kata mok,"mok bimbang anai-anai bawoh umoh..bawoh umoh gelap,angoh tolong mok nok pasang lampu,bleh" wajah mok penuh mengharap sangat," angoh dop sangka tu wajah terakhir yang akan angoh tengok". Kebiasaanya mok marah aku lewat punch card,tapi hari tu mok seolah-olah terlupa. Aku akur dan tunggu mok sambungkan wayar dari atas rumah ke bawah rumah. "Bila teringat semula saat ni,memang mok dah mula tak bercakap banyak"

Sesampai je aku kat tempat kerja,perasaan tu dah mula fikirkan anai-anai yang mok risaukan. Aku search dalam internet pest control terdekat, kerap aku telefon mok. Banyak kali,hati aku beria nak hapuskan anai-anai tu. Kawan-kawan kerja pun hairan, hari tu aku tak buat kerja sangat dan tumpukan pada pest control yang terdekat. haritu aku balik kerja awal,tak sedap hati.. balik terus ke mcd, beli bubur ayam untuk mok.. sampai rumah,mok baru lepas makan nasi lauk sotong merah.. tapi mok mintak nak makan bubur yang aku beli jugak dengan ais krim sunday.. tapi mulut mok tak lepas dari suh aku simpankan sikit bubur untuk dhani.. mok sangat sayangkan dhani..

Malamnya, aku beli sayur balik nak goreng,mok masak sotong goreng merah makan dengan nasi sebelum balik kerja tadi. Mok makan berselera,aku ingat lagi mok cakap "urmmm..sedap angoh masok sayur gini.." mok makan nasi sambil berulam aiskrim. sebab nak redakan "tonsil" mok. Haritu dah berhari-hari kami makan menu "sotong masak merah" mok dan yang peliknya,aku pun makin berselera pelik,banyak aku makan... tapi malam ni, aku dan adik2 tak terasa sangat nak makan sotong, hati dari semalam terasa sedih dan sebak, tak tau kenapa. Selepas solat isyak, mok goreng sotong celup tepung, "mok,angoh kenyang doh..." mok mendekat dengan aku "makan la sikit..mok goreng doh.." dengan suara sayu. Aku suh adik era ambilkan dan makan sama2 sambil tengok tv kat atas rumah. Sambil makan,aku bersuara pada adik sotong mok goreng tak seperti biase mok goreng,kurang menjadi.. Tapi kami makan jugak,tak nak buat mok kecik hati.

Selepas makan semua,kebiasaanya mok naik atas borak-borak dengan kami, tapi malam ni mok habiskan masa teman bak tengok tv,dari atas angoh nampak mok duk bawah sebelah kerusi bak,wajah mok sayu jer. Hati aku tiba-tiba terasa sayu,sedih.. perasaan tu datang lagi.. tak tahu sebab apa aku terasa sedih sangat malam tu.


29 April 2013
3.30am
Dung Dung Dung "ketukan kuat dari bilik bak ke bilik emy,tapi dengar sampai ke bilik aku" dalam hati terdetik "mok leloh lagi ke?.. " berlari aku turun kat bawah dapatkan mok,kelihatan bak duk urut-urut dada mok, dan bak cakap "sabor-sabor semua.." dan bak ajar mok mengucap, kepala aku dah seram sejuk,tangan dah terketar-ketar.. mok tak biase berkeadaan seperti ni. Mata mok tertutup,mulut tertutup.. nafas laju turun naik, dan tangan mok terketar-ketar.. aku tak tahu nak buat apa,bak suh aku telefon along,emy kejutkan jiran-jiran.. lepas telefon along,aku telefon operator nak terus sambungkan ke hospital dungun,tapi tak terjawab di hospital dungun.. Aku stop,dan naik atas katil mok,pangku mok.. urut belakang mok.. sambil air mata mencurah2,bila tengok adik-adik dah mula panik dan menangis..Tiba-tiba mok senyap,dan nafas mok dah berhenti dari turun naik tadi.. Saat tu,jiwa aku kosong,hati sebak.. tengok mok diam. Aku peluk mok,berharap mok hanya pengsan dan akan sedar tunggu doktor nanti. Setengah jam selepas mok senyap, HA sampai dengan ambulans.. keadaan masa ni,aku dah samar-samar.. sebab yang aku nampak,jiran-jiran yang penuh bilik. Along sampai pun aku tak ingat. HA hospital check mok,hati aku tak putus berharap HA tu cakap,mok pengsan kita bawak ke hospital. Tapi... HA tu bersuara "Mok awk dah tak ada.." saat tu hanya tangisan yang aku dengar..bak yang menangis teresak-esak..adik-adik yang menangis.. aku menahan sebak tertunduk di bawah kaki mok.. berjurai air mata yang aku sendiri tak sedar yang aku menangis.. Innalillah hiwainna illahirrajiun... YA ALLAH.... gelap.. pedih.. hati aku seolah-olah di siat.. masih lagi tak percaya.. Aku pegang kaki mok,terasa hangat lagi.. Aku cium wajah mok,dingin... YA ALLAH... Mok... Mok.. Mok..... Hati tiba-tiba terasa pedih sampai ke hempedu,datangnya perasaan yang tak pernah aku rasakan.. sakit.. sakit.. sakit tu je yang dapat aku gambarkan saat tu... mungkin perasaan ni yang nak datang jumpa aku 2,3 sejak kebelakangan ni aku terasa sedih dan sayu.

Selepas tu,segalanya berlalu dengan pantas dan mudah. Alhamdulillah.. Sedar tak sedar, sesampainya saat yang arwah mok selalu pesan semasa hayatnya, nak anak-anak mandikannya.. sekali lagi perasaan aku diuji di sini. Tabah dan kuatkan hati,moga tak kan ada sisa air mata keluar saat mensucikan jenazah mok. Saat air mula menuruni membasahi wajah mok, aku seolah2 berharap agar mok dapat bangun semula... Ya Allah.. aku terlalu berharap semua ni adalah mimpi. Tapi ternyata ini adalah nyata yang aku dan keluarga perlu lalui.. Satu persatu anggota mok di basahi dan dibersihkan.. Satu persatu juga aku amati.. Kaki ini yang gagah bertahan membesarkan aku,perut ini yang mengandungkan aku 9 bulan,dada ini yang menyusukan aku dan menenangkan aku,tangan ini yang banyak membelai dan menjaga aku,mata ini yang menjadi penunjuk jalan aku , mulut ini yang banyak mengajar aku dan hidung ini yang kerap mencium aku... semua itu hilang dalam sekelip mata.. YA ALLAH... Perit..perit...

Alhamdulillah.. Jenazah mok siap dikafan kami memberikan cium untuk kali terakhirnya..."mok.. lepas ni angoh dop dapat dah ciuman dari mok...bleh ke angoh hidup tak dop mok???" ALLAHUAKBAR... dan jenazah mok siap disembahyangkan...

Mok selamat disemadikan pada pukul 11pagi... ALHAMDULILLAH dengan segala kemudahan dan kebaikan segalanya tersemat hikmah.. ALLAHUAKBAR... DariNYA kita datang,kepadaNYA kita pulang... MATI itu pasti..

Lepas perginya mok.. baru kami perasan tanda-tanda kecil yang pernah nak ditunjukkan agar kami faham yang mok akan tinggalkan kami.. tapi kami tak dapat nak faham.. Mok.. maafkan angoh sebab dop dang nok penuhi impian mok semasa hayat mok ada.. maafkan angoh sebab selalu rindukan mok.. maafkan angah atas segala kesalahan angoh... sekarang yang tinggal hanya kenangan2 mok..
Angah dop dapat lupa mok beria siapkan awal-awal lagi baju raya kami adik beradik dan dop kisahkan baju mok sendiri,rupanya ni persiapan raya terakhir dari mok...
Kami akan ingat dan kenang segala kenangan,kasih sayang,cinta dan pengorbanan mok untuk kami... Mok adalah mok yang terbaik.. Mok sebahagian dari jiwa kami.. Mok segalanya bagi kami..Kami bersyukur di atas kurniaan Allah yang amat ternilai ini.. walaupun hadir hanya sementara,tapi kasih mok tetap dan akan kekal untuk selamanya..

Mok... angoh demam.. angoh dop ingat nok makan ubat,biase mok yang ingatkan angoh..
Mok... sape nok cium angoh bila angoh nok gi kerja?
Mok... sape nok tepon angoh time kerja nok makan mende balik kerja?
Mok... sape nok pujuk angoh kalau angoh ngajuk tak boh makan?
Mok... sape nok maroh angah kalau angoh buat saloh?
Mok... sape nok masok sardin,nasi ayam,acar timun,laksa kuoh masok kesukaan angoh?
Mok... sape nok beri semangat untuk angoh kalu angoh sedih?
Mok... sape nok sama2 masok dengan angoh?
Mok... sape nok masokkan ayam masak merah bila kita gi bercuti?
Argghhhhhhh....... Angah rindu Mok.... Astrgafirullah Alazim..

Mungkin kami tak terbiasa dengan keadaan tanpa mok di sisi, sebab kebiasaannya mok akan sentiasa ada di depan mata dan di sisi kami setiap hari.. dan segala urusan kebiasaannya mok akan selesaikan.
Ya Allah... Aku kena redha.. kuat,tabah dan sabar.. untuk bak,along,emy dan adk era..Walaupun perit nak tarik kekuatan tu,tapi kena berusaha dan cuba.. walaupun belum bersedia dengan kehilangan mok,kami kena bersedia menerima dan menanti giliran kita tiba. Kehidupan perlu diteruskan...Cuma kita perlu bersedia,kita akan pergi tak kira masa,bersedialah selagi terdaya dan berkesempatan untuk beribadat kepadaNYA.
Hanya yang pernah merasakan hilangnya orang yang paling kita sayang, kita akan faham dan akan dapat rasa perit yang teramat sangat ni.. Semua ni ketentuan Allah..

16 May 2013 Khamis
Alhamdulillah hari ni dah hari ke 18 mok meninggalkan kami, dan hari ni aku gagahkan kaki untuk berkerja seperti biasa,tapi aku kalah dengan perasaan dan air mata aku sendiri.. Air mata gugur lagi.. Ya Allah... Iringilah hari mendatang aku dengan kekuatan iman dan hati.. meskipun tanpa mok yang tersayang menjadi pembakar penguat semangat aku.. aku perlu teruskan perjuangan hidup aku..

*Terima kasih Bak untuk segala kekuatan dan semangat,bak cukup kuat menyembunyikan kesedihan dari anak2, sekarang hanya tinggal bak yang ada untuk melindung kami..Kami pun hanya ada bak sebagai ayah dan juga ibu kami..
*Terima kasih Along untuk pengorbanan segalanya semasa ada hayat mok,awk tk pernah tinggalkan tanggugjawab awk terhadap adik2. Sekarang mok dah tak ada,awk yang banyak tolong saya dan adik2.. awak yang susah hati kalau saya sakit.. dan berusaha cari tempat yang terbaik untuk saya sembuh.. saya sedih dan terharu dengan pengorbanan awk..awk jangan terasa sebab saya tak beria makan makanan yang awk masak.. buat masa sekarang ni,saya masih rindukan masakan arwah mok.. tiap kali awk masak,tiap kali tu saya berharap akan sama dengan masakan arwah mok.. saya silap.. saya mintak maaf kalau ada saya susahkan awk.. saya sayangkan bak,awk dan adik2 sangat2..
*Terima kasih Emy dan adik era.. lepas ni awk berdua lah jadi peneman angoh.. kita kena kuat dan tabah.. ada kesempatan dan kesihatan,hari-hari kita gi rumah baru mok yea sayang...

Terima tak terhingga kepada saudara mara dekat @ jauh yang banyak membantu,meneman dan memberi semangat, jiran-jiran terdekat yang banyak membantu, kawan-kawan yang turut sama memberikan kerjasama,kata-kata semangat dan pertolongan yang tak putus2.. Alhamdulillah.. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian..

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
KAU ampunilah segala dosa-dosa arwah ibuku..
Jadikanlah makam ibuku salah satu di antara taman-taman syurga
mu..
Perluaskanlah dan terangilah makan ibuku..
Permudahkanlah urusan ibuku "di sana"..
Tenangkanlah ibuku "di sana"..
Ampunilah kami,janganlah dihukum ibu kami di sebabkan dosa-dosa kami ini.. dan jadikanlah kami anak-anak yang solehah dan berikan kami kesihatan agar kami dapat mendoakan kesenangan dan kebaikan berterusan untuk ibu kami di sana..
AMIN YA RABBIL ALAMIN

Mok... kita akan berjumpa lagi "di sana" nanti...  Angoh rindu mok...

"sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang,sesuai dengan kesanggupannya.."






Sunday, April 21, 2013

First Pavlova EjaLova

Assalamualaikum.. yuhuuuu kite nak kongsi resepi pavlova ni..
disebabkan dek tertarik dengan raut wajah "Pavlova" di google.. Cantik + Cute + Nampak sedap.. so.. tangan pun gatal la search resepi2 pavlova.. ada yang senang.. n ada yang susah nak follow.. so kite pilih resepi yang senang... jap2.. sebelum itu,kite check it out dulu info PAVLOVA..

First off all,let me introduce where pavlova come from.. hehehe.. melalui wikipedia and kita gode blog2 orang-orang lain.. Pavlova diberi nama bersempena dengan nama seorang penari ballet Russia yg berkunjung ke Australia & New Zealand iaitu Anna Pavlova pada tahun 1920 semasa jelajahnya mengelilingan dunia. Walaubagaimanapun telah berlaku perebutan dari mana asalnya & siapa pencipta sebenar Pavlova antara Australia & New Zealand selama bertahun lamanya.

Dan akhirnya kajian menunjukkan Resepi asal Pavlova ialah milik New Zealand kerana ianya kali pertama dihidangkan di sebuah hotel di Wellington,New Zealand bersempena dengan kunjungan Anna Pavlova di hotel tersebut pada tahun 1926.
 

Anna Pavlova 1912
"Desert" adalah hidangan popular dan merupakan sebahagian penting dalam masakan kebangsaan kedua-dua negara, dan dengan resipi mudah, sering dihidangkan semasa makan perayaan dan percutian. Ia adalah pencuci mulut yang paling "popular" masa musim panas, tetapi dimakan sepanjang tahun di banyak Australia dan New Zealand rumah.

So ni resepi yang kite rasa mudah and senang nak cuba bagi sesapa mula2 buat.. kite buat ni bukan nak ikut mat salleh sangat pun.. cuma tak salah pelbagaikan menu dalam seharian,tak lah boring makanan yang sama je.. asalkan ingredient tu masih lagi berlandaskan cara ISLAM.. hik.. Ustazah la plak kite..

Resepi ni kite ambik dari http://irmadilondon.blogspot.com/2011/06/resepi-pavlova.html . Kita tak puas hati lagi. sbb cam tk menjadi lagi.. and kena try buat lg pasni.. Whipping cream kite tk bape nak menjadi.. Moral of "Pavlova Story" kurangkan gula dr resepi asal..sbb pavlova sangat manis.. *kurangkan manis dalam masakan.. lebihkan dalam senyuman.. uhuk..

*note : part best time gigit pavlova skali ngn buah.. Pergghhhh.. Best.. Berkrim + Masam + Manis

Resepi Pavlova.

 










Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
*eja tak masukkan gula,mungkin sebab tu whipping cream kita tak kembang.. huhu.. takut letak gula bertambah manis.. sebab pavlova tu dah manis. and second adunan,kita memandai tambah susu cair konon,jd la pavlova leleh.. tu lah eja,buat pandai.. hehehe..

1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.



Monday, March 25, 2013

Mee Goreng Mamak

Resepi:
Bahan2

1. Bawang Merah (d'dadu/tumbuk = tumis)
2. Bawang Putih (d'dadu/tumbuk = tumis)
3. Ubi kentang (d'goreng)
4. Tauhu ( d'goreng) * cucur udang skali bru pure mee grg mamak.. tp kite tk ltk.. sbb tk smpt bt cucur.. =P
5. Kiub pati ikan bilis + rempah kari
6. Lada Kering (d'blend)
7. Mee kuning
8. Udang kering
9. Garam + Gula (ikut suka)..huhu
10. Telur 5 bijik ( masukkn last slps dh masukkn mee kuning,ltak kn kt tgah mee tu)
11. Limau Kasturi + Cili Besar ( utk hiasan)
12. Sawi + Taugeh

Lain2= Minyak msak + Air Asam Jawa

Cara2

Goreng Ubi kentang n tauhu = asingkan

Panaskan minyak *minyak jgn banyak... sbb mee grg mamak d'goreng kering..
Tumiskan bwg merah + bwg putih + lada kering + udang kering + kiub pati ikan bilis + rempah kari (1 sudu)
Masukkan Air asam + garam + gula *garam jgn byk.. sbb mee kuning biasa already masin
Masukkan Kentang n Tauhu y dh digoreng td (Gaul)
Masukkan mee kuning (Gaul)
Pecahkan telur.. Letakkan d'tengah2 antra mee..tnggu smpai masak.. baru gaul.. *api jgn kuat
Last skali masukkn sayur2 td.. sawi n taugeh, what ganu call "camboh".. hihi..
Utk hiasan = hiriskan lada besar + limau kasturi *ltk bawang goreng lg best..

Tarraaa... Siap..


Friday, March 1, 2013

Pantai Kuala Abang

Cuti Raya Cina d'manfaatkan sbaiknya dgn kdtgan famliy dr ktn.. kami b'kelah di Pantai Kuala Abang... Dah agak lama dop b'kelah2 n mandi manda... skali skala bleh ilang kn stress bila cuti d'habiskn b'sma kluarga.. ni la kebiasaan aktiviti kami anok beranok... wlupun umoh kite tepi pntai.. tp pantai kt umoh kite tk bape selamat utk kanak2 nok mandi.. jd,kami trus ke Pantai Kuala Abang..

Konon2 nye plan ngn p.jue nk btolak lps subuh.. kul 7am msg,kteorg kt sni bru bngun.. huhu.. alik2 kul 7.45am bru kami btolak..huhu..Tetapi sampai je kat pantai,nasi lemak yang sue masak plak tertinggal kat rumah,so pok jue terpaksa lah patah balik ambik. Dalam 20 minit pok jue sampai,kiteorang terus makan-makan dulu.. Bekalan kami.. Nasi lemak air tangan sue,n nasi goreng air tangan mok... n sampingan2 lain cam roti,kopok n air2.. Limau raye tk ktinggalan.. kan musim raye tu.. huk..

Lepas tu,mandi time.. cuaca pun sejuk sebab mendung.. Jam 9.30 am kami pun bertolak balik umoh..

Ptgnye plak p pntai dpn umah kte.. sesi b'photoshoot untuk anak-anak dara.. :-)

Family Gathering_Penang Family



Nasi + Ayam Goreng Merah Mok + Ikan Masin
Stop makan di highway grik

Hari 1
B'tolak kul 9pg.. smpai di penang kul 9mlm.. lewat smpai sbb byk tmpt sngt kteorg drop n ade mslh teknikal y lain.. Alhamdulillah.. selamat smpai jgk kt umah baru abah n mama... y pnting mok bekalkn "nasi putih + ayam masak merah + ikan masin" menu mengamit kenangan kteorg.. dlu2 time klu p jln jauh2.. menu tu lah mok msk n bwk bekal,mkn tepi jln.. uhuk.. *d'sebelah ats tu slh satu moment kami dlu2.. mkn tepi jln..huk

Hari ke 2
AM
Kteorg btolak ke "Pulau".. pkul 9am.. En.nazri kwn UiTM bak/mama nozi,y sporting habis "org pure penang" ikut skali ngn kteorg... smpai trus ke "Penang Hill" beli tiket.. naik train n b'gambar... dlm 2jam kt ctu.. kteorg btolak ke "pagoda/tangga 1000" beli2.. baju2 murah kt sna..beli smpai tk hengatt.. tp kne pndai tawor mnawor la n y penting "fridge magnet" must buy huk... N last p beli jeruk best.. Hajat nk p byk lg tmpt.. tp kteorg  t'paksa b'tolak blik kul 3.30pm smule kt umah mama.. tk ley lama2,baby dhani pun dh ngengek sbb panas.. lgpun ptg klu time ptg,jmbatan akan jem truk.. tu pesan mama.. Hik..
Bowling time

Kami
PM
Malam nye.. kteorg ade bowling tournament... kaum adam lwn kaum hawa.. kaum adam y menang.. best ever moment... nok2 last time nk b'gmbor.. hahaha... ade la insiden y lawak t'jd antra jurugmbr.. hahaha.. pssstttt...... Tp y tk bestnye sbb tk ckup gu.. Abg Leftenan Muda tk dpt cuti.. Next time ea AbG Fahim.. In Shaa Allah...
Pas abis main bowling.. kteorg p mkn kt The Pauh Garden... Mkn besor mlm tu.. Hik..
Aktiviti tk abis kt ctu.. kami org2 muda trus p ke Uptown jln2 cuci mata je.. hik.. pastu kul 1am blik umah mama... sblm tido smpt lg makan gulai siput sedut.. huk.. best!

Hari ke 3
AM
Kami b'tolak blik kul 12pm.. mama bekalkn kami nasi minyak.. yummy..Time ksh Mama,Abah n Fmly ats layanan y best..
drop utk mkn area ats skit dr bukit bunga.. lupa dah hentian rehat mane.. hik...
Smpai di machang pkul 8mlm, kami drop kt umah Cik Sal n En. Din,kwn bak.. Time ksh utk Family ciksal.. n agak lewat n kami m'gambil kptusan b'mlm di rumah tetamu UiTM Machang...

Hari ke 4
Pukul 9am kami btolak blik.. sblm tu mkn pagi kt machang dlu.. nasi kerabu y best n harga makanan2 kt ctu pun murah b'banding kt dungun n trg y agak mahal.. hik...
Pukul 2pm kami selamat smpai di dungun.. Alhamdulillah..

In Shaa Allah.. Langkawi ujung thn ni.. jeng jeng... with penang family again..

Tuesday, January 22, 2013

Bihun PAMA..

Usually org bt instant je bihun pama ni.. tp kte nk jugok masok.. so,ni la hasilnye.. bihun jd kembang.. uhuk... tp tetap best.. sbb ade props2 tu kot.. telur rebus.. ihik.. klau nk pedas,tmbah cili padi.. tp bihun ni already pedas dah.. Lain kali kne instant je.. tp kne rendam lama skit la.. bru la best....

Monday, January 21, 2013

The Best Ever Kebob's Bbq


D'sbbkan tliur tgok pic bbq kebob's ngn vege n mushroom.. smpai ade y telah mjd mangsa kedaan.. uhuk.. so, kte pun bt sndri la kebob's tu.. ikut resepi sendiri je.. sbb resepi mat salleh cam tk related ngn selera kte je.. uhuk..
  • Perap isi ayam,bawang ( kte pilih bawang india cantik sbb colour die cam dark purple gtu), tomato kecik, mushroom dan lada benggala ngn rempah y kte blend..

  • Rempah blend ( bawang kecik + cili padi + halia + serbuk kari + serbuk lada + garam + gula)

    Perap dalam 2,3 jam ok la kot.. sbb nk ksi ade perisa je pd bende2 alah tu.. uhuk.. n bakar.. mkn ngn air asam.. perggghhhh.. beshhhh..

Bawal Fruity Sweet Sour Eja




Presenting resepi peberet kte.. n resepi ni kte creat sndri.. sbb kte suke buah n vege mixed dlm msakan..

Resepinye:
Ikan Bawal Itam (gaul dgn srbuk knyit + sdkit gram halus = grg garing)

Bwg putih (d'tumis)
Serai (di tumis)
Cili Padi d'potong dadu (d'tumis)
Bawang merah y dh d'blend (d'tumis)
Cili blend (d'tumis)
Sos cili n tomato
Air asam jawa
Gula
Garam
Buah ( Epal hijau + tomato baby + black grape + fruit kimball dlm tin)
Mushroom

*bhn2 (d'tumis) tu.. tumiskan bsama2 n skaligus.. naik bau bley la ltk,sos cli n tomato, air asam jawa,gula,garam mushroom n last skali masukan buah2..

Siap........ Taraaaa......
fruit sweet sour.........umph...


Kek Coklat

Kte mmng obsess bap msk.. wlupun tk pndai.. tp kte suke cube msk n kumpul resepi..
Ni First kte bt cake.. uhuk.. alhamdulillah mjd...
Nk cube? ni resepi kte..

Resepi :
First step kisarkn planta n gula halus
msukkan 3 bjik telur
msukkan bikarbonat + baking powder (1 sudu kecik)
masukkan susu cair + susu pekat
masukkan serbuk koko
... masukkan tepung

*anggaran smue dlm kdar 1 cwn..

u' topping :
koko + milo
susu pekat
sdkit minyak msk & air
(kcau smpai sebati)

Always forgive..

Always forgiving...
Forgiveness is not about forgetting. It is about letting go of another person's throat......Forgiveness does not create a relationship. Unless people speak the truth about what they have done and change their mind and behavior, a relationship of trust is not possible.
When you forgive someone you certainly release them from judgment, but without true change, no real relationship can be established.........
Forgiveness in no way requires that you trust the one you forgive. But should they finally confess and repent, you will discover a miracle in your own heart that allows you to reach out and begin to build between you a bridge of reconciliation.........
Forgiveness does not excuse anything.........You may have to declare your forgiveness a hundred times the first day and the second day, but the third day will be less and each day after, until one day you will realize that you have forgiven completely. And then one day you will pray for his wholeness......”

Wm. Paul Young, The Shack

Sunday, January 20, 2013

Appreciate vs Menghargai

Appreciation can make a day, even change a life. Your willingness to put it into words is all that is necessary.

Cuba untuk menerima keburukan dan kebaikan yang kita dapat dalam hidup seharian.. even tak la sebaik @ sebetuah org lain,sekurang2nya mungkin ade y terbaik sembunyi dalam kehidupan kita,y tk ada dlm kehidupan orang lain,cuma kita tak sedar kehadiran keber"tuah"an tersebut.. ihik... faham tk ayat sastera kte?..uhuk..

2013 kte akn blajar cara untuk m'hargai apa y kite ade.. n ape y dah Tuhan berikan utk kite... dalam istilah kata lain "REDHA"....



Petua Bahagia Daripada Dr Fadzilah Kamsah

Even kte blum lg tawen.. tk slah klu kte simpan leklok petua ni utk future....  :-)

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

Berdoa adalah satu kaedah yang diajar dalam agama islam untuk melatih manusia bertawakkal dan berharap hanya semata-mata kepada Allah.

Setiap perbuatan (usaha) kita seharian dari bagun tidur sehingga tidur semula perlu dimulakan dengan berdoa. Sekurang-kurangnya dimulakan dengan bacaan bismillah.

tq rieynaz rc k.ina sbb post ni kt fb.. :-)