Sunday, June 9, 2013

~Al- Fatihah MOK~ (Bahagian ke II)





8 JUN 13 (Sabtu)
AL-FATIHAH. Bismillahirrahmanirrahim.. Genap 40 hari arwah MOK meninggalkan kami. Masa amat pantas berlalu, tapi saat melaluinya teramat sukar dengan ketiadaan MOK di sisi. Keakraban kami seperti adik beradik, tiada rahsia dan segalanya dikongsi,makin membuatkan kami amat merasakan kehilangan MOK. Sekarang keadaan kehidupan kami amat terasa perbezaannya, sentiaza rasa ada kekosongan dalam hari-hari kami.  Makan kami,tidur kami… Argggghhhhh… Peritnya..
Baru permulaan perenggan,air mata mencurah-curah laju keluar.. sakit teramat.. Astagrafirullah al azim…Allahuakbar...

Hati yg dulu kuat,kini cepat sangat tersentuh. Lagu-lagu” ibu” kesukaan aku yg kebiasaannya aku dengar sejak dari zaman aku berlajar lagi,sekarang irama pertama pun dah membuatkan aku menangis,apatah lagi nak habiskan lagu tu. Melihat anak-anak lain yg masih ada ibu, hati aku juga tersentuh..  Belum pernah aku merasai perasaan “sakit” seperti yg aku rasakan sekarang ni. Mungkin ini rasa sakit seorang anak2 yg telah terdahulu kehilangan ibunya,sebelum aku merasainya sendiri. Sangat sakit.. Perasaan sakit yg aku sendiri tak dapat nak huraikan bagaimana rasa sakitnya.

……………………………………………………………………………………………………………

Hari sebelumya.
29 APRIL 13 (Isnin)
Tahlil pertama untuk arwah MOK yg telah selamat di kebumikan awal pagi tadi. Saudara mara bersepakat untuk sama-sama menyediakan dan memasak makanan untuk tahlil pertama. Bermulanya situasi sukar yg perlu aku lalui. Peralatan yg perlu disediakan untuk memasak, yg menjadi  kebiasaan arwah MOK akan sibuk dan lincah menyediakan kesemuanya sekiranya kami adakan kenduri atau sesuatu majlis di rumah. Kali ni aku, along dan adik-adik  akan sediakan, kekok dan terasa sangat perbezaannya. Bila ada barang yg aku tak jumpa,mulut mudah tersasul untuk bertanyakan MOK. “MOK.. kat ane MOK letok senduk besor? Besen besor??....” Argggghhh.. Hati merintih lagi,air mata mengalir.. Ya ALLAH.. ini baru permulaan hari tanpa MOK.. Macamana aku nak lalui hari ke2, dan hari seterusnya tanpa MOK??? Bawah tudung saji,masih tersisa sotong celup tepung menu terakhir dari arwah sediakan untuk kami malam semalam,dalam peti ais masih berbaki sotong masak merah,sajian lauk tengahari dari arwah untuk kami tengahari semalam.. Masih baru.. Sakitnyaaaa…. Peritttt…. Hati dan perasaan aku tak cukup kuat untuk melaluinya , apatah lagi dengan adik-adik yg lain? Dengan keadaan mereka yg masih lagi memerlukan MOK?

Seharian dari siang tadi,aku masih lagi tak lapar,walaupun sebiji nasi pun aku belum telan,mungkin terlalu kenyang minum air yg dah berliter2 masuk dalam perut aku. Tetapi malam tu selepas tahlil,along makan dan suapkan aku sesuap nasi, yg kebiasaannya arwah MOK biasa suapkan aku kalau aku merajuk dan tak berselera untuk makan. Terasa pahit nasi yg aku telan tu.. “MOK.. angoh rindu mok…” Astrgafirullah alazim.. Terlalu banyak kenangan kami bersama MOK..


Alhamdulillah,selesai tahlil pertama untuk arwah MOK. Malamnya,tidur pertama yg angoh rasakan sangat berbeza, kepala yg terasa bercelaru, masih lagi terkejut, terasa sunyi dan terasa ada yg hilang.. Tak sempurna. Segalanya bercampur. Walaupun ada saudara mara yg datang untuk menemani malam kami,agar kami tak rasa kesunyian. Tapi perasaan sunyi itu masih lagi ada,dan ada perasaan lain yg angoh rasakan, yg tak dapat angoh gambarkan. Tiba-tiba buat pertama kalinya juga air mata laju mengalir,tanpa angoh sedar.. “angoh dah hilang MOK….” Pedihnya…

Resepi-resepi arwah yg sempat angoh salin..

Teringat gurauan arwah MOK, yg selalu berpesan supaya disemadikan berhampiran pagar tanah perkuburan (rumah kami berhampiran dengan tanah perkuburan) agar senang arwah MOK nak melihat adik ke sekolah,dan kami ke kerja… sayu dan sebak.. sebenarnya petanda-petanda MOK akan pergi meninggalkan kami.. Arwah MOK memaksa aku untuk menyalin resepi-resepi kesukaan aku,bak dan adik-adik, juga petanda bahawa arwah akan tinggalkan kami. “MOK… sape nok teman angoh masok?? Sape nok ajor angoh masok????” Pedihnya.. Semenjak ketiadaan arwah,aku seakan takut untuk ke dapur,takut tak dapat menahan kesedihan aku. Saat terakhir kami memasak bersama-sama,minggu terakhir untuk kami dan hidangan terakhir untuk kami.. “kek coklat + siput sedut + pavlova” di buat dalam masa 1 hari. Tak pernah kami buat. Tapi kenangan itu lah yg kami akan kenang dan simpan sampai bila-bila.

Aktiviti masakan kami yg terakhir...

Keesokan harinya,kami mula lalui hari2 kami.. Alhamdulillah selesai tahlil arwah selama tiga malam berturut-turut dengan segala kelancaran dan kebaikan tersemat di dalamnya.

8 MAY 13 Rabu.
Aku mula rasa tak sedap badan,kerongkong terasa perit.. pedih lelangit, badan terasa sejuk panas. Bak dan adik beradik mula bimbang. Biasa kalau aku demam MOK la orang pertama yg akan risau dan paksa aku ke klinik. Kebiasaannya MOK akan usap pipi aku,leher aku cium dahi aku,itu cara MOK merasa tahap panas demam aku. Tapi sekarang? Siapa nak buat semua itu untuk aku? “MOK…. Angoh rindu MOK… dop sanggup angoh kehilangan MOK…” Ya Allah… Subhanallah.. Besar ujian dan dugaan MU YA ALLAH. Alhamdulillah,aku masih ada BAK,ALONG,EMY,ADIK ERA,AYOH2 & MOK2 SAUDARA yg mengambil berat tentang aku.  BAK dan Along orang yg sangat susah hati bila aku sakit. “Terima kasih Along untuk segalanya…” Alhamdulillah aku sihat sepenuhnya 2 minggu itu pun selepas rujuk ke pada pakar. Cukup kesal dengan khidmat dan kemudahan di sini yg terlalu banyak kekurangan kemudahan.  Lama aku bercuti dari berkerja,Alhamdulillah majikan aku yg cukup memahami kedaan aku. Dengan kudrat dan perasaan aku yg masih berat untuk berkerja. Hari pertama berkerja,mata dah mula berair. Kawan2 sekerja juga kawan2 pertama yg ada saat aku kehilangan MOK,turut sama-sama menangis. Turut sama-sama merasai kesedihan aku saat tu. Kebiasaanya pukul 5pm,aku akan dapat panggilan dari MOK.. “Angoh,nok makan mende? MOK dop masok arini,Angoh beli lah sayur ke.. balik goreng”… Tapi,aku tengok jam pukul 5, masih lagi aku tak dapat panggilan tu, 5.15? 5.30? masih lagi sunyi.. Ya ALLAH… sebenarnya aku dah tak akan dapat panggilan dari MOK.. ALLAH… sakitnya.. Kuatkan lah hati hambaMU ini dalam menjalani hari-hari mendatang tanpa MOK di sisi.

Hari pertama adik era mula untuk ke sekolah,yg kebiasaanya juga MOK akan sediakan susu @ sarapan untuk adik dan bak. Aku dan emy kebiasaanya akan tidur semula selepas sembahyang subuh sementara bangkit semula untuk ke kerja. Tapi pagi tu keadaan terasa kekok,adik era nampak sugul. Aku faham,cuba menceriakan paginya,agar tidak terlalu sedih. Aku sediakan susu untuknya,sementara bak panaskan enjin kereta,aku tunggu adik sedang bersiap-siap pakai kasut,dan kami bersalam. Kebiasaanya MOK yg akan tunggu adik sehingga dia masuk ke kereta,lagi menambahkan sedihya. Aku cuba kuat,tak mahu aku menambahkan sedihnya lagi,aku  memujuk apabila mula terdengar suaranya sebak,matanya berair..  Sukar bagi aku,lagi sukar dan payah untuk adik-adik aku. Perit dan air mata mengalir lagi..

Sehingga ke saat ni, aku masih lagi terasa kehilangan MOK, terlalu berat untuk aku tanggung rasa sakit.  Mungkin aku sedikit demi sedikit mula terasa kuat, tapi hati masih lagi pedih dan sakit. Setiap hari terasa MOK masih ada bersama kami,melihat segala isi rumah,segalanya ada kenangan bersama arwah. Melihat pakaian-pakaian arwah yg belum sempat arwah pakai, membuatkan hati aku merintih sayu. Arwah membuat persediaan awal untuk kami,dan persedian terakhir darinya untuk kami meraikan Hari Raya Puasa. Moga kami sempat menjalani ibadat puasa untuk tahun ni dengan sejuta kesabaran dan seribu kekuatan tanpa MOK tersayang di sisi. Allhamdulillah atas kurniaan kesempatan kebahagiaan yg kami sempat berkongsi dengan arwah MOK,walaupun seketika..Sekurang-kurangnya kami sempat berbakti pada arwah MOK. Kami akan sentiasa ke “rumoh baru” MOK.. yg menghalang kami cuaca dan kesihatan. Selagi kami sihat,dan diizinkan oleh Allah, kami akan sentiasa berikan “bekalan” untuk MOK di SANA.  AL-FATIHAH..

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa-dosa arwah ibuku,tempatlah arwah di tempat orang-orang yg beriman dan beramal soleh,perluaskanlah dan terangilah liang lahad ibuku,jadikanlah makam ibuku seperti salah satu dari taman-taman syurgaMU Ya Allah. Lancarkan lah perjalanan ibuku di SANA nanti. Sejahterakanlah ke atas arwah ibuku.. AMIN YA RABILL ALAMIN..

Alhamdulillah di atas segala kurniaan MU YA ALLAH, aku redha di atas segala ketentuaan MU. Perginya MOK membuatkan kami bertambah sedar, KEMATIAN itu dekat dengan kami. Moga kami pergi/mati di dalam IMAN.. AMIN..

Nurkilan ini hanyalah sekadar untuk sama-sama berkongsi pengalaman aku yg telah kehilangan ibu tercinta, pada yg masih lagi ada IBU DAN BAPA. Berbaktilah pada mereka,hargailah pengorbanan mereka,sayangilah mereka,hormatilah mereka selagi ada hayat mereka. Dosa pahala mereka bukan kita yg menentukannya, yg baik dijadikan ikutan dan sebaliknya dijadikan sempadan lautan.
Kami memohon maaf andai ada silap dan salah dari kami sekeluarga.

Terima kasih di atas segala kasih sayang ,doa,keperihatinan.. KELUARGA TERSAYANG dan BAKAL KELUARGA…
Terima kasih di atas segala kasih sayang,perhatian,pertolongan,doa-doa dan kerjasama, AYOH –AYOH SAUDARA,MOK-MOK SAUDARA ,SEPUPU2, SAUDARA MARA yg jauh @ dekat, yg bersusah payah untuk kami,bekalkan kami rasa kasih sayang,kata-kata semangat,sentiasa menemani,mendoakan dan yg ikhlas mengadakan tahlil untuk arwah MOK..
Terima Kasih di atas keperihatinan,perhatian dan doa-doa kawan-kawan,dekat @ jauh..
dan jiran-jiran.

Semoga sentiasa sejahtera dan berdoa agar Allah S.W.T memberi rahmat ke atas kalian.. AMIN..


6 comments:

  1. tiap kali duk dapur mmg saya akan rasa sayu.. bukan dapur mok jer, dapur saya pun.. tgk brang2 menda hak biasa mok masok pun buat saya nitis air mata.. tbayang2 mok gaduh2 duk dapur.. tgh makan pun arwah tinggal kalo bak nk menda2.. belas hati saya tiap kai teringat perngorbanan mok.. taat nya mok pd bak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. payah nk ilangkn rase sayu,slgi kenangan2 arwah masih ade d'mana2.. kite perlu kuat utk adik2...

      Delete
  2. Redha la wahai hati ayu dan eja..sy xprnh lg merasa saat2 cmni.berat mata mmndang,brt lg bahu yg memikul..ssguhnya ajal maut di tgn Tuhan..Allah lebih sygkan arwah MOK..sama2 kite doa semoga ketemu di pintu syurga..amin..

    Momy Malaeka

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMIN.. time kasih farah.. kami redha.. in shaa allah.. kami sdg mgumpul kekuatan ats kepergian arwah mok..

      Delete
  3. angoh! sy nak saman awok, sbb buat sy nangis dipagi hari... :'(
    sy pernah kehilanagn abah, mse tu sy masih perlukan dia...
    sy kehilangan mak mertua masa sy masih "baru" dgn dia... dia xsempat ajar sy buat nasi tomato.. :(
    mujur sy masih punya ma yang kuat.. :) bace entri ni mbuatkan sy rasa malas g keje sbb nak always dgn ma.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy sedih sbb byk benda penting lg tk sempat buat dgn arwah mok.. keadaan kt umoh skrg,sngat bbeza.. kate org,ilang ayoh dop ape lg,sbb ade mok.. tp ilang mok.. ibarat ilang sebeloh kaki.. sy lg sedih nk lalui hari2 tanpa MOK.. =(

      Delete